Saturday, June 5, 2021

Buku rekod mengajar & Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Buku rekod mengajar

    Surat Pekeliling Iktisas bil 3/1999 telah mengeluarkan akta tentang penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran atau dokumen rasmi yang perlu disediakan oleh guru-guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua unsur penting dalam penyediaan buku rekod mengajar ini, iaitu, Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH).




Rancangan Pengajaran Harian akan menjadi suatu dokumen untuk menerangkan setiap ringkasan isi pelajaran di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan dengan lebih terperinci.


   Tujuan kedua-dua unsur ini diwujudkan di dalam rekod buku mengajar adalah :

  1. Memberi kemahiran kepada guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan pembelajaran dengan lebih telus. Hal ini kerana setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan perlu bertepatan dengan sukatan pengajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  2. Penyediaan buku rekod mengajar berdasarkan dua unsur ini akan memberi para guru ruang untuk menguasai isi kandungan pengajaran, meerancang kaedah pengajaran yang sesuai digunakan serta membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dalam sesi penyampaian pengajaran di dalam kelas.
  3.  Oleh itu, buku rekod mengajar merupakan pelaksanaan yang amat membantu para guru untuk meningkatkan kemahiran mengajar, mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menerapkan nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.

Komponen PdP

Komponen pembelajaran dan pengajaran terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:


RUJUKAN

Noor Hisham Md Nawi (2011). PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN; PENELITIAN SEMULA KONSEP-KONSEP ASAS MENURUT PERSPEKTIF GAGASAN ISLAMISASI ILMU MODEN. Diperoleh daripada: http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20menurut%20GIIM.pdf





No comments:

Post a Comment

Buku rekod mengajar & Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Buku rekod mengajar     Surat Pekeliling Iktisas bil 3/1999 telah mengeluarkan akta tentang penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran a...