Buku rekod mengajar
Surat Pekeliling Iktisas bil 3/1999 telah
mengeluarkan akta tentang penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran atau
dokumen rasmi yang perlu disediakan oleh guru-guru sebelum memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat dua unsur penting dalam penyediaan buku
rekod mengajar ini, iaitu, Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pelajaran Harian (RPH).
Rancangan Pengajaran Harian akan menjadi suatu dokumen untuk menerangkan setiap ringkasan isi pelajaran di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan dengan lebih terperinci.
Tujuan kedua-dua unsur ini diwujudkan di dalam rekod buku mengajar
adalah :
- Memberi
kemahiran kepada guru-guru untuk merancang pengajaran mereka dan
pembelajaran dengan lebih telus. Hal ini kerana setiap isi pelajaran yang
ingin disampaikan perlu bertepatan dengan sukatan pengajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Penyediaan
buku rekod mengajar berdasarkan dua unsur ini akan memberi para guru ruang
untuk menguasai isi kandungan pengajaran, meerancang kaedah pengajaran
yang sesuai digunakan serta membentuk suasana pembelajaran yang kondusif
dalam sesi penyampaian pengajaran di dalam kelas.
- Oleh itu, buku rekod mengajar merupakan
pelaksanaan yang amat membantu para guru untuk meningkatkan kemahiran
mengajar, mencapai objektif yang telah ditetapkan dan menerapkan
nilai-nilai murni dan proses penilaian yang terancang.
Komponen PdP
Komponen pembelajaran dan
pengajaran terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu:
RUJUKAN
Noor Hisham Md Nawi (2011).
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN; PENELITIAN SEMULA KONSEP-KONSEP ASAS MENURUT
PERSPEKTIF GAGASAN ISLAMISASI ILMU MODEN. Diperoleh daripada: http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20menurut%20GIIM.pdf